Polisi bayaran balik
Syarat dan proses bayaran balik produk digital. Versi 1.0
1. Tempoh permohonan
Pembeli boleh memohon bayaran balik dalam tempoh 6 hari dari tarikh pembelian. Tarikh akhir permohonan dipaparkan di halaman Pesanan Saya.
2. Kelayakan
Bayaran balik hanya dipertimbangkan untuk fail rosak, kandungan tidak sepadan penerangan, pertindihan pembelian atau isu teknikal yang tidak dapat diselesaikan.
3. Proses permohonan
Pembeli menghantar permohonan melalui butang Mohon Bayaran Balik di halaman Pembelian. HQ akan menyemak dan membuat keputusan dalam masa 3 hari bekerja.
4. Keputusan dan pemulangan
Jika diluluskan, jumlah berkelayakan akan dikreditkan semula ke dompet pembeli sebagai baki tersedia. Jika ditolak, sebab akan diberikan melalui tiket sokongan.
5. Hak KLIQOO
Keputusan HQ adalah muktamad. KLIQOO berhak menolak permohonan yang tidak memenuhi syarat atau didapati tidak tulen.
Pindaan polisi
Pihak HQ KLIQOO boleh meminda atau mengemas kini polisi, kadar yuran dan prosedur ini dari masa ke semasa. Versi terkini di laman ini adalah yang berkuat kuasa, dan penggunaan berterusan dianggap sebagai penerimaan.
Kembali ke terma penggunaan atau pesanan saya.