Terma creator
Syarat khusus bagi penerbit video KLIQOO. Versi 1.0
1. Pendaftaran saluran
Creator mendaftar dengan nama saluran yang unik dan sesuai. Saluran baharu berstatus PENDING sehingga disemak oleh HQ.
2. Kandungan video
Video mestilah berkualiti pendidikan, sesuai untuk kanak-kanak dan keluarga, bebas hak cipta haram, dan tidak mengandungi kandungan sensitif atau berbahaya.
3. Muat naik dan moderasi
Video dimuat naik sebagai draf dan boleh dihantar untuk semakan. HQ akan meluluskan, menolak atau mengembalikan video dengan sebab. Video yang diluluskan akan disiarkan di KLIQOO.
4. Hak dan lesensi
Creator mengekalkan hak milik kandungan asal. Dengan menyiarkan di platform, anda memberikan lesensi tidak eksklusif kepada KLIQOO untuk memaparkan dan menyegerakkan video.
5. Penggantungan dan penarikan
HQ boleh menggantung video atau saluran yang melanggar terma. Creator boleh memadam video sendiri pada bila-bila masa.
Pindaan polisi
Pihak HQ KLIQOO boleh meminda atau mengemas kini polisi, kadar yuran dan prosedur ini dari masa ke semasa. Versi terkini di laman ini adalah yang berkuat kuasa, dan penggunaan berterusan dianggap sebagai penerimaan.
Kembali ke terma penggunaan atau dasar privasi.